Total Pageviews

16/11/2011

KESAH BENAR SEORANG HAMBA ALLAH 2

Aku pun berlalu meninggalkan Man yang sedang menggambil wudhu.Banyak benda sebenarnya yang nak aku tahu dari Man setelah beberapa lama aku tak dengar berita tentangnya dan agak lama aku tak terserempak denganya.Memandangkan waktu solat jumaat semakin hampir dan jemaah semakin ramai aku bercadang hendak bertemu denganya di lain waktu.                                                                                                          Keesokan harinya aku dan sahabat siak ku pergi bersarapan dikedai roti canai dipadang sekolah.Memang menjadi tempat kegemaran ku bersarapan disini.Aku lihat ramai juga pelangan dikedai itu...Mata aku terpandang sesusuk tubuh sedang duduk bersaorangan dimeja hujung.Ku amati rupanya Man sedang duduk bersaorangan.Aku pun menghampirinya ."Assallamualaikum Man.bolih abang duduk sama"."Sapa ni.saya tak cam sangat.rabun la"katanya."Aku la .semalam baru jumpa kat masjid"."Ooo abang siak...abang kan yang tinggal kat sebelah rumah imam kan.."Nampaknya Man dah mula menginggati aku."Ya". jawab ku."Abang ingat tak saya pernah datang rumah abang dulu,masa tu saya datang kutip besi.Lama dah."katanya."Ingat Man".."Bang, sekarang saya dah tak kutip besi lagi.Mata dah tak nampak.Nak jalan pun susah...sebelah abang ni sapa".tanya Man bila dia perasan ada orang memegang tanganya.Man merapatkan mukanya rapat dengan muka rakan siak ku...Hj.Amat..."Abang Mat ya..."Aku lihat Hj.Amat sangat sedih sekali.Macam hendak menangis."Li..."Hj.Amat memegang bahu ku sambil berkata"Dahulu Man ni keja sama dgn aku.Masa tu kerja kat lombong bijih timah".aku lihat Man senyum sahaja."Masa tu Abang dah banyak kali bagi Man nasehat masa tu belum kemalangan lagi.Abang dengan Man ni memang selalu bersama.tempat kerja pun sama betul tak Man..."Man mengangguk sambil tersengih.
Kami mempelawa Man minum sama.Sambil minum aku bertanya padanya."apa cerita ko sekarang Man lama abang tak nampak ko .Semalam baru abang nampak."..."Bang saya sekarang tak macam dulu.Saya dah nak jadi baik.Saya nak kenal tikar sembahyang bang.Dulu saya dah banyak buat dosa."Hj.Amat mengusap usap bahu Man."Bini saya dah lari bang.Anak saya semua dibawanya.Sekarang bini saya tinggal dengan maknya.Duit elaun orang kurang upaya saya pun bini saya amik semua.Saya tak boleh nak buat apa apa.Dengan mata saya yang dah tak nampak ni apa kerja yang saya boleh buat".Ceritanya dengan nada sayu.Aku lihat beberapa pelangan menjeling kearah kami bertiga."Habis ko duduk dengan sapa sekarang"Hj.Amat mencelah."Dulu saya ada sewa rumah dengan sewa rm50 sebulan.Rumah kosong burok sangat.Disebabkan aku tak berkerja aku tak mampu membayar sewa.Lama lama tuan rumah tu benarkan aku duduk secara percuma...Bang aku sekarang nak selalu kemasjid.Nak dengar ceramah"."Bagus la Man.Datang la kemasjid...abang dgn abang Hj. ada kat sana.Datang sembahyang berjemaah..dengar ceramah boleh dikatakan setiap malam ada kuliah makan pun ada disediakan.Sekarang ni pun tengah ada program untuk asnaf fakir miskin.kalau ko rajin datang ya makan disediakan."balasku dengan mengusap usap bahunya."Kalau aku datang petang masaalah nya malam aku tak bolih balik .tak nampak jalan bang."Aku dan Hj.Amat terdiam."Tak pa la Man..kau buat la yang seberapa yang kau mampu.Kalau kau mampu datang siang datang la siang sahaja.Sebenarnya kau beruntung Man..Allah telah membuka hati kau untuk berubah dan mendapat hidayah.Berapa ramai lagi kawan kawan kita yang sehat dan sempurna tapi Allah masih tak memberikan mereka hidayah.Abang harap kau dapat kekal kan semangat kau nak dekat dengan Allah.Kalau boleh sampai kita mati.Itu lah pengakhiran hidup yang paling baik iaitu mati dalam keadaan kita beriman pada Allah"ujar ku."Kau jangan kesah dengan apa orang kata Man datang je kemasjid.Kalau ada orang kacau ko cakap je dengan abang ".Tambah Hj.Amat.
Selesai minum pagi aku dan Hj.Amat pun bergegas semula kemasjid.Hj.Amat sempat berpesan pada Man"datang masjid sekarang tau.ada program fakir miskin.makan pun ada".Man menganggukkan kepala sambil tersengih.
Didalam kereta aku dan Hj.Amat saling berpandangan.Macam ada sesuatu yang menggangu fikiran kami.Aku pun berkata"Ji....sebenarnya apa yang terjadi pada Man adalah ingatan dan pesanan buat kita Ji..Allah nak tunjukkan pada kita suatu pesanan penting".ujar ku."Apa maksud kau Li"... "ya la....sementara kita masih sehat..mata masih terang..kesihatan masih baik buat la ibadat...datang ke masjid ".
"Ji..saya ingatkan bila mesyuarat masjid  apakata kita usulkan supaya masjid membuat satu program "KELUARGA ANGKAT MASJID".Didalam program ni masjid akan menanggung sara hidup orang orang seperti Man ni".Tak payah beri banyak banyak la...sebulan rm200 atau rm150 pun jadi la masjid kan ada biro kebajikan...ini la gunanya ."Bagus jugak tu
sekurang kurangnya ringan sikit bebannanya."ujar Hj.Amat.
"Ok Ji...misal la ya....Man merasa putus asa kerana tiada pihak yang membantunya...dia pergi ke gereja.(Mintak mintak jagan la..)mintak pertolongan dengan pihak gereja ...sudah tentu pihak gereja menerima Man dengan tangan terbuka.. Contohnya Man diberi rm500 sebulan.tapi dengan   syaratnya....keluar dari islam..murtad.Agak agak dalam hal ni sapa yang bersalah Ji..."Dah tentu kita semua Ji..."..."Betul tu...tapi cakap cakap orang macam kita mana dia orang nak dengar.."dengus Hj.Amat."Kita cuba la Ji...insaallah berjaya...                                                Kepada sesiapa yang membaca kesah ni berdoa lah semoga apa yang dirancang akan berjaya.Kalau kita saudara seagama yang tidak mendoakanya siapa lagi.  Perkara baik seumpama ini mesti ada dan ramai yang membangkang kalau diusulkan dimesyuarat.Mereka lebih mementingkan diri sendiri dan sebok membina dan mengindahkan masjid.Bermegah megah dengan masjid yang cantik diatas usaha mereka.Tetapi mereka terlupa ada tanggungjawab lain yang lebih mulia dan penting.Bagi mereka orang seperti Man hanya sampah masyarakat dan dipandang dengan sebelah mata sahaja.
akhir kata saya benar benar memohon sesiapa yang membaca pautan ini supaya mendoakan pada suatu hari nasib orang seperti Man terbela....insaallah.

No comments:

Post a Comment