Total Pageviews

30/01/2012

BERIADAH DI PAYA INDAH WETLAND

Telah menjadi kesukaan baru ku berjogging dan berbasikal diwaktu pagi dan petangnya...peluh yang membasahi tubuh ku membuatkan badanku terasa segar dan rengan sekali.Seolah olah telah menjadi satu rutin yang tidak dapat ku pisahkan.Andainya dalam sehari aku tidak berjogging atau berbasikal seperti ada sesuatu yang tak sempurna hari itu.Sehinggakan akhirnya aku telah membeli sebuah basikal yang harganya agak mahal juga..














Dan pastinya akan ku gunakan sepenuhnya untuk beriadah sambil menenangkan fikiran ku.Sudah semestinya pada hujung minggu terutamanya hari Ahad aku dan keluarga akan berbasikal di lokasi yang cantik terdekat iaitu di PAYA INDAH WETLAND.Satu kawasan yang memang sesuai untuk beriadah.


Pagi ini cuaca amat baik sekali dimana hujan renyai mulai reda dan keadaan agak redup dan dingin.Kami bertolak dengan berbekalkan 3 buah basikal .Walaupun di Wetland ada menyediakan basikal sewa tapi lebih seronok menunggang basikal sendiri.Ketibaan kami disambut dengan pemandangan yang cantik sekali.Jarang2 sekali kita dapat menemuinya....PELANGI...

   
    KE  INDAHAN PEMANDANGAN PAGI DI WETLAND


  LALUAN DI TEPI TASIK MENUJU KE RUMAH MELAYU


 RUMAH MELAYU YANG TERLETAK JAUH SEKALI...


 PERJALANAN MENUJU KE TAMAN BUAYA DAN BADAK


             SATU.. DUA.. TIGA LEKUK......


 JAGA JAGA BUAYA TEMBAGA YANG AGAK BESAR
                            ..GANASSSSSS...


 DUA EKOR BLUE HYPOO ....LAPARRR NYA.


 UUUUGGGGGHHHH,,...APA AMIK GAMBAR CURI NI...


                                   LANDAK YANG BERDURI TAJAM


 RANGKAIAN CHALET CHALET YANG TERSEDIA UNTUK DISEWA.

Sebenarnya amat seronok sekali sambil kita beriadah berbasikal kita juga dapat melihat keindahan alam semulajadi yang terpelihara.Disamping itu kita juga akan dapat melihat beberapa spesis haiwan yang jarang2 kita temui.Dan sudah semestinya lokasi ini akan menjadi lokasi utama kami untuk beriadah lagi...SEKIAN.

No comments:

Post a Comment