Total Pageviews

17/03/2012

Frazer Hill.....ketenangan...kedamaian....keindahan semulajadi.

Kesempatan cuti sekolah ni...aku mengajak keluarga ku ke Kuala Kubu mengunjungi saudara mara di sana.Namun apabila sampai dikawasan Kuala Kubu kami telah mengubah fikiran untuk naik ke Bukit Frazer dahulu dan waktu pulang baru mengunjungi saudara mara.
Dari jauh telah kelihatan kehijauan dan kecantikkan pemandangan bukit bukau yang berkabus membuatkan aku bertambah bersemangat hendak memanjat Bukit frazer.Perjalanan yang pada mulanya hambar menjadi gembira dan menyeronokkan apabila terhidang dengan pemandangan Empangan Sg Selangor yang sangat indah.
Semakin lama semakin jauh kami menyusuri jalan yang berliku liku dan agak menyeramkan juga.Keadaan jalan yang sempit dan bengkang bengkok ditambah dengan hujan menambah kebimbangan semasa memandu.Sepanjang perjalanan kami di hidangkan bau aroma yang segar dan pemandangan bukit bukau yang berkabus...sungguh cantik sekali.Masing masing tidak sabar untuk sampai di puncak Bukit Frazer.Maklum lah pertama kali.Lebih kurang perjalanan 30 minit kami pun sampai dikawasan GAP.Laluan semakin mudah kerana tiada lagi waktu menunggu giliran untuk naik ke atas.Jalan yang dahulu telah dijadikan jalan sehala.Laluan untuk naik berasingan dengan laluan untuk turun..
                                                                    Berhenti seketika di kawasan GAP.
Setelah berehat dan bergambar seketika  di kawasan GAP kami pun meneruskan perjalanan keatas...lebih kurang ada sembilan kilometer lagi untuk sampai keatas dari kawasan GAP.Jalan semakin menjadi sempit dan bertambah berliku...Tetapi tak menjadi kerisauan kerana ianya jalan sehala.

                                        Pemandangan di pintu masuk kawasan Frazer Hill
Suasana selepas hujan membuatkan cuaca amat dingin sekali.Tidak seperti di Cameron Highlan yang padat dengan pelancung dan peniaga tetapi di Frazer Hill amat berbeza sekali.Di Frazer Hill tidak terdapat hamparan tanah yang diteroka.Kekal dengan hutan yang menghijau dan tumbuhan hutan yang melata.

                               Papan tanda penunjuk arah ditengah tengah roundbord yang unik. 

                                        Balai Polis yang amat berbeza dari biasa.Unik dan cantik sekali


Pemandangan Pine Resort dari tempat kami menginap.Resort yang sama tetapi blok teratas sekali.

Pokok pine yang banyak terdapat disini.\

Lansmark di Frazer Hill

Suasana pagi hari 

Merentas hutan sambilmenghirup udara nyaman dan segar


No comments:

Post a Comment