Seperti yang dirangcang..perkelahan di air terjun pada hujung minggu tanggal 1.1.12 berjalan dengan lancar..anak anak sebuk dengan persiapan dan mengemas baju masing masing.Athirah dan Nana Miam sudah tidak sabar sabar untuk bermandi mandian di air terjun yang sejuk dan dingin.Begitu juga dengan Awok dan Udin.Lama mereka tidak mengunjungi tempat kegemaran mereka.Bagi Awok..Amer dan Atta tempat ini adalah menjadi tempat kegemeran mereka.Sejak umurAwok 9th lagi sungai Batangsi telah menjadi destinasi tetap.
Sebelum memulakan perjalanan..aku memastikan semua barang barang telah dimasukkan kedalam kereta..ayam..arang ..nasi...lauk2...air..beg beg baju.Takut ada yang tertinggal.Bersama sama kami dalam perkelahan ini Cik Maznah dan keluarganya.Keluarga yang lain tidak dapat bersama kerana ke tempat orang kawin di Johor.Tepat pukul 10.30 kami pun bertolak dengan santai.Udin..Atta...Azim dan Acap menaiki kereta kancil...sementara yang lain naik kereta unser dan Cik Maznah menaiki keretanya sendiri.
Sesampai ditempat yang dituju kami dapati agak ramai juga pegunjung yang sedang berkelah.Maklum la cuti tahun baru.Setelah mendapat tapak yang sesuai aku pun menghidupkan api untuk membakar ayam...sementara itu Awok sebok memasang khemah.Budak budak kecik dah tak sabar nak main air yang sejuk.Adik Tira..Nana..Shira...Ndut(kemal)..Dayat..Zati..Acap dah lencun main air.Heyyy budak budak ni...itulah ayat yang keluar kalau Memeng ada,.
Seronoknya Nana..Tira..Acap dan Shira main air....laaa mak budak pun ada...heyyy budak budakkk...
Adik Shira dan Udin seronok main air...sejuk tu..dulu semasa Udin baya Shira selalu bermain di tempat ni...Sekarang dah besar pun masih bermain ditempat ni..
Pejam celik pejam celik besar dah anak sulung aku.Dah macam anak gajah pun ada...pantang jumpa air.
Amboi...seronoknya...makan pun atas air..Shira ni tak abih abih pisss...heyyy budak budak niiii...
Mak budak pun tak ingat nak makan....meh sini makan.Ayam dah siap bakar ni..
Tak puas berendam.....
Amboi si ndut 2 orang ni...masam je muka...
Jangan kencing dalam air tau....
Masing masing pissss.....suka la tu.
Patut la pisssss memanjang,...mak dia yang ajar..ha...ha..jangan kencing dalam air tau.Yang belakang macam tengah kecing je....hoi....
Begitulah seronoknya berkelah di air terjun sg batangsi.Bila tiba time balik semua tak nak balik.Setelah puas mandi manda dan berendam kami pun berangkat pulang melalui kajang,.Kami singgah di Sate Kajang Hj Samuri untuk menikmati keenakan sate kajang...
----------SEKIAN------
No comments:
Post a Comment