Total Pageviews

09/12/2011

KESAH IBU DAN 2 EKOR ANAK IKAN

       Disebuah tasik yang tenang dan damai yang terletak dipinggir sebuah desa terpencil tinggal beberapa spesis ikan didalamnya.Airnya yang dalam membuatkan tasik menjadi kebiru biruan dan kehijau hijauan...sungguh tenang dan damai sekali.Hanya kocakan air dari terjahan ikan ikan menyambar mangsa sesekali memecah kesunyian.Namun adakalanya tasik ini menjadi gamat juga dengan kehadiran kaki kaki pancing yang dahagakan kepuasan menarik ikan.
       Nun didasar tasik tinggal sebuah keluarga ikan yang terdiri dari ibu dan 2 ekor anaknya yang sedang membesar.Yang sulung dipanggil Along dan yang satu lagi dipanggil Angah..Along yang agak besar dari Angah memang agrasif dan mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi.Pantang sahaja terjumpa benda benda yang baru pasti Along akan sebok dan tak bolih duduk diam.Namun begitu berlainan pula dengan Angah yang agak pendiam dan menurut saja kata kata ibunya.Andainya ibunya kata jangan maka diamlah Angah akur dengan kata kata ibunya.Tetapi tidak bagi along dia akan tanya dan tanya dan tanya lagi sehingga dia puashati dengan jawapan ibunya.


         Pada suatu petang selepas hujan turun Sang Ibu pun membawa anak anaknya bersiar siar disekeliling tasik.Peluang ini digunakan oleh Sang Ibu untuk memberi tunjuk ajar pada kedua dua anaknya.Didalam perjalanan yang santai mereka bertemu longokkan lumut lumut yang segar.Warnanya yang hijau segar lagi menyelerakan.Sang Ibu menerangkan lumut lumut ini memang baik dan selamat untuk dimakan.Along dan Angah mengangguk tanda faham sambil mencubit sedikit lumut lalu dikunyah perlahan lahan.Kemudian mereka bergerak lagi disekitar tasik yang dalam dan kali ini mereka bertemu pula rentangan tali yang panjang.Maka Ibu ikan memberitahu itu adalah pukat yang dipasang oleh manusia"Pukat tu apa bu "tanya Along ingin tahu."Pukat tu sejenis alat untuk memerangkap ikan ikan seperti kita.." "Tapi dia diam je bu.tak bergerak pun.Nampak macam tak bahaya ".Tanya Along lagi."Memang la dia tak bergerak...tapi jikalau badan kita tersangkut memang sukar hendak melepaskan diri "jelas Sang Ibu lagi.."Abang...Mak cakap bahaya ...jangan la banyak tanya "sampuk Angah.Along rasa tidak puas hati sambil berkata " kau budak lembik duduk diam diam..kita kena cuba dulu baru tau bahaya ke tidak " lalu Along meluru kearah pukat yang merintang.Dengan segera Sang ibu memintas pergerakkan Along.Terpelanting Along dibuatnya.Angah segera menghampiri Along yang tersembam ditanah " kenapa bu...sian abang ibu buat..."..."Angah..Along...meh sini ibu tunjukkan sesuatu".Sang Ibu membawa anak anaknya menghampiri dan melalui pukat yang merintang tadi."Tengok tu... kan banyak kawan kawan kita yang terperangkap".Kedua dua anak ikan melihat memang ada beberapa ikan yang terperangkap dan mati terjerat dipukat itu.Ada yang telah reput tinggal tulang dan ada yang tidak berkepala lagi.."Ibu ...Angah takut la bu...jom balik bu ".Angah yang pucat lesi menarik Ibunya beredar dari situ.Namun Along hanya ketawa mengejek gejek Angah yang ketakutan.
Didalam perjalanan pulang kerumah mereka bertemu pula dengan cacing tanah yang masih hidup tergantung gantung merintih kesakitan .Along dengan pantas mendahului Ibunya sambil menjerit "Ibuuu Along dapat makanan sedappp "..."Jangan Along jangan.."Sang Ibu menjerit kuat sambil menghalang Along dari menghampiri cacing itu .Si Ibu memberitahu " itu adalah mata kail...jangan cuba cuba kau menghampirinya..jikalau kau menghampirinya dan memakanya kau akan tercucuk mata kail yang  sangat tajam dan tak akan terlepas darinya...semakin kuat kau meronta semakin banyak darah yang keluar.Selepas itu kau akan diseret keatas daratan dan kau akan merasa sukar untuk bernafas...kemudian mulut kau akan dirobek untuk mengeluarkan mata kail tu dan kau akan dicampak kedalam bakul.Disebabkan sukar bernafas kau akan tercungap cungap sehingga akhirnya kau  akan mati..."Si Ibu menerangkan sambil memaksa anak anaknya beredar dari situ."Boleh percaya ke cakap Ibu ni...ke Ibu bergurau ya...Ibu nak makan sorang sorang ya..".herdik Along..."Abang...Ibu cakap betul la...kan bu.."Angah menasehati abangnya yang tak puas hati dengan kata kata Ibunya."Along....cuba la dengar cakap ibu...degil sangat la...meh kita balik".Bentak Sang Ibu..


         Mereka bertiga pun pulang kerumah setelah berenang agak jauh dan masing masing agak kepenatan juga.Sesampai dirumah Sang Ibu mengarahkan anak anaknya tidur.Seperti biasa sebelum tidur Sang Ibu akan bercerita bagi memudahkan anaknya tidur..."Along..Angah...dahulu setahun yang lepas semasa kamu belum lahir ..ayah kamu selalu keluar mencari makanan yang lazat dan enak dan membawa pulang untuk Ibu.Ayah kamu sangat sayang pada Ibu.Apa sahaja yang ibu minta pasti Ayah kamu akan mendapatkanya.Ibu sangat sayang pada Ayah kamu dan sehingga sekarang Ibu tak dapat melupakan apa yang terjadi pada Ayah kamu ..ini semua salah ibu nakk..".Airmata jernih mula mengalir.Perasaan sebaknya tidak tertahan membuatkan airmatanya mengalir. "Ibu..Angah pun rindu pada Ayah bu...bila Ayah nak pulang bu...bila Ayah nak jumpa Angah dengan Along bu..kami rindukan ayah bu.sejak kami lahir langsung tak jumpa ayah lagi.."Angah memeluk ibunya.Perasaanya terlalu rindu dan ingin sekali menatap wajah Ayahnya.Ibunya hanya mampu mengalirkan airmata sambil memerhatikan Along yang telah lena dibuai mimpi.


          Sang Ibu Ikan kemudian menyambung ceritanya lagi walaupun hatinya sebak tak terkira..Pada suatu petang selepas hujan lebat...Ayah kamu mengajak Ibu keluar bersiar siar dan berjalan jalan disekeliling tasik.Sambil bersiar siar kami mencari cari juga sedikit makanan kerana lama terperap dirumah membuatkan kami kelaparan..Sesampai dihujung tasik kami bertemu seekor cacing yang tergantung gantung bergerak gerak didalam air.Ibu pun berkata pada Ayah kamu "bangggg...sedapnya cacing tu..baunya saja buat saya terliur...nak bang...nak la bangg"... "Sayang..itu adalah mata kail yang disaluti cacing..tajam tu sayang.Kalau tersangkut pada mulut  takkan terlepas tau.."Ayah kamu menasehati Ibu..."Tapi bang...saya nak juga..teringin sangat ni bang ...tolong la bang.."..."Tak boleh sayang...meh  la kita ketempat lain..."Ayah mengajak Ibu beredar .." Tak mau ...saya nak juga.Kalau abang tak nak ambilkan ,saya tak nak ikut abang balik.."Ibu mula merajuk..Ayah kau menghampiri Ibu sambil merenung mata Ibu sambil berkata dengan penuh harapan " sayang nak apa pun abang akan dapatkan...tapi  yang ini abang tak dapat nak penuhi permintaan sayang.."..."..Abanggggg...abang tak kesian ke dengan saya,kesian anak anak dalam perut ni bangggg.."Ibu berkeras juga dan tidak menghiraukan nasehat Ayah kamu.Akhirnya Ayah kamu tewas juga dengan pujukan Ibu."Sayang tunggu abang ya...biar abang ambilkan untuk sayang...".Alangkah gembiranya hati ibu.Gembira yang bukan kepalang...tetapi Ibu lupa bahaya yang sedang menanti Ayah kamu.
Ibu lihat Ayah kamu dengan penuh berhati hati menghampiri cacing itu dan digigitnya sedikit dan diberikanya pada Ibu."Sedapppp nya bang...sayang abang.Tapi saya takpuas la bang.Sikit sangat la bangg...ambil la banyak sikit..".Ibu mula tamak dan tidak bersyukur.Ayah kamu dengan muka yang sunggul dan hati yang berbelah bahagi menghampiri lagi cacing tadi sambil berpaut pada ranting, cuba  untuk mendapatkan lebih banyak lagi.Terkial kial Ayah kamu mendapatkan cacing itu.tetapi malang tidak berbau tetiba Ayah kamu tergelincir dari ranting yang licin dan entah bagaimana mulutnya tersangkut dimata kail...Ayah kamu menjerit kesakitan dan berusaha sedaya upaya untuk melepaskan diri...kekanan...kekiri..meronta ronta..."Abangggg cepat bang lariiii..."Ibu lihat Ayah kamu bertarung sepenuh tenaga...mulutnya mula terkoyak...darah mula mengalir...jeritanya memecah kesunyian."Sayangg tttolongg sssayang...aduhhh pedihnya..aduhhh sakitnya" .Ibu hanya mampu menangis ...semakin lama semakin kuat Ibu menangis dan semakin jauh Ayah kamu diseret keatas...Ibu lihat Ayah kamu sudah tidak berdaya lagi untuk melawan."Abangggg...maafkan saya bangggg...saya bersalah banggg dan tidak bersukur ".Sepanjang malam Ibu menangis menanti Ayah kamu...namun Ayah kamu tak muncul muncul lagi...Berhari hari Ibu menangis  dan menangis.."Angah nak jumpa Ayah bu..."semakin kuat Angah menagis"Ibu...Angah tak akan jumpa dengan Ayah lagi ya Bu".."Ya sayang..Ayah mu sudah menjadi makanan manusia.Sebab tu la Ibu tak benarkan kamu hampiri cacing tadi...Ibu tak mahu kamu menerima nasib yang sama seperti Ayah mu.."   
                                                                                                                                                           Kedua duanya menangis sambil berpelukan dan tertidur didalam esakan dan tangisan..sementara  itu Along  yang telah lena dibuai mimpi semakin kuat dengkuranya.....bersambung.

No comments:

Post a Comment