Total Pageviews

14/11/2011

KESAH BENAR SEORANG HAMBA ALLAH DI KAMPUNG KU

Suasana redup ditengah hari jumaat ni memang menyeronokkan.tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk..nyaman sahaja.mungkin keadaan cuaca buat masa ini yang hujan tidak menentu menjadikan cuaca redup sahaja.Sesampai diperkarangan masjid aku lihat telah ada beberapa orang jemaah yang telah sampai awal walaupun jam baru pukul 11.30 pagi.Sudah tentu mereka mengharapkan ganjaran yang besar dari Allah dengan hadir seawal waktu di hari jumaat yang mulia ini.
Masuk sahaja kedalam ruang solat hadapan masjid aku terpandang seorang hamba Allah yang memang aku kenali.Terkejut juga melihat hamba Allah ni.Maklum la selama ni memang tak pernah terlihat kelibat hamba Allah ni dimasjid disetiap waktu waktu solat.Wajahnya yang cengkung..warna kulit yang hitam..dan pakaianya yang agak lusuh menampakkan yang dirinya tidak terurus.Boleh dikata seluruh kampung mengenali hamba Allah yang agak popular dikampung ku.Aku menghampirinya dan memberi salam.Salamku disambut dengan tangan kirinya.Tangan kananya yang mati tidak daya diangkat menyebabkan salamku disambut dengan tangan kiri."Sehat Man..(nama samaran).Man menjawab "sehat ..sapa ya ni.suara mcm kenal"katanya.Aku terkejut juga sebab Man tak menggenali aku..."sapa ya...aku sekarang dah rabun sangat .tak nampak jelas."sambungnya.Terkejut juga aku bila dia kata yang dia dah tak nampak dan rabun sedangkan usianya baru dalam lingkungan 30an ..Patut la Man tak mengenali aku."Aku pun memperkenalkan diri aku..."aku la siak masjid ni...dulu ko pernah datang rumah aku kutip besi burok"..Sebenarnya itulah pekerjaan tetap Man untuk menyara keluarganya."Oooo..bang siak....mcm ni la bang...aku dah mcm orang buta sekarang,.tak nampak sangat."jelasnya dengan nada sayu dan tersangkut sangkut.Barulah aku faham sekarang.kesian aku melihatkanya. Ok Man abang ada keja sikit ni.Karang kalau sempat kita sembang lagi ya...Aku pun berlalu dan menjalankan tugas siak ku sebelum solat jumaat bermula.
Sambil aku menjalankan tugas ku...aku masih lagi teringatkan Man.Kesah kesahnya yang lampau bermain main dikepala ku.Dahulu Man seperti remaja biasa yang lain.aktiv dan agak bebas dan liar  juga.Telah ditakdirkan oleh Allah pada suatu hari Man telah mengalami kemalangan motosikal yang menyebab tangan kananya menjadi lumpuh.Walaupun tangan kananya telah lumpuh Man patut bersyukur kerana tidak maut dalam kemalangan itu.Agak lama juga dia terlantar dihospital. Man juga patut bersyukur kerana Allah mempertemukan jodoh Man dengan seorang gadis yang agak cantik dan menawan setelah sembuh dan sehat.Namun perangainya tetap liar seperti dahulu..Dan hasil perkahwinan itu Man telah memperolehi seorang cahaya mata....Yang aku hairan sejak tangan kananya lumpuh Man begitu cekap mengunakan tangan kiri untuk menunggang motosikal..kekadang bertiga sekali dengan anak isterinya.
Satu sahaja kalau mengenai Man ni orang kampung agak tidak menyukainya.Sama ada betul menurut orang kampung Man ni seorang penagih dadah aku pun tak pasti.Tapi badan Man memang kurus melengkung.Pekerjaanya setelah kemalangan yang dialaminya adalah mengumpulkan besi  besi buruk.Tak kira la asal jumpa sahaja besi buruk akan dikutip oleh Man untuk menyara keluarganya.Ayah dan ibu Man pun bukanya dari orang yang senang,.Yang agak menyedihkan asal ada sahaja besi atau barang barang orang kampung yang hilang makan nama Man akan naik dahulu...Aku pun tak pasti samaada betul ke Man yang mengambilnya atau ada orang lain yang mengambilnya.Aku memang tak berani nak tuduh tuduh.Pernah pada suatu hari Man ada datang kerumah ku.'Assalammualaikum bang..."walaikumsalam.."jawab ku."Bang saya nak kutip besi kat sekitar rumah abang boleh tak.."Kesian aku tengok Man.."amik la man..kalau ada ko amik la..Tapi yang masih elok ko jangan amik tau.mcm mesin rumput tu elok lagi...nak pakai lagi tu.""Baik la bang..".Aku biarkan je Man dan aku tak ambil kesah pun."Setelah dekat setengah jam Man datang mengucapkan terima kasih.Aku lihat tak banyak besi yang dia dapat.Dia pun berlalu.Begitulah kerja Man setiap hari mencari besi besi lusoh untuk dijual dan menyara isteri dan anaknya selama beberapa tahun.Dah macam macam tohmahan yang diterima dari orang kampung.Tak tau la sama ada Man betul betul mencuri atau tidak asal ada sahaja kecurian dikampung orang kampung pasti menuding pada Man.Tapi tak sampai la report pada polis.Ada juga seorang dua orang kampung yang kasehan melihat Man.Dibiarkan sahaja Man mengambil besi atau cabel elektrik.Apabila dijerkah Man kata nak beli susu anak bang...
Fikiran ku yang menerawang teringat kesah Man terganggu apabila aku disapa oleh seorang jemaah yang sememangnya lima waktu solat berjemaah dimasjid.Agak tua jemaah ni..."Tok siak..."sapanya."Dah kunci semua pintu pintu store.""Kenapa pakcik".Terkejut juga saya."Tok siak tak nampak ke budak yang duduk sorang sorang kat ujung tu..."sambil tanganya menuding kearah seorang lelaki dihujung ruang solat belakang."itu Man pak cik.""Jaga jaga Tok siak..kalau budak tu ada.habis licin  karang.Kena waspada."Katanya.."Takda apa apa la pak cik.Dia datang nak sembahyang..tak baik sangka bukan bukan.".Pak cik tua pun berlalu dengan muka toyanya..Aku lihat dia menuju kearah Man.Entah apa yang dikata pada Man...Aku malas nak ambil pusing dengan pak cik tua ni.Ada sahaja benda yang tak betul.
Hati ku  mula memikirkan kenapa Man tetiba je rajin kemesjid.Mesti ada sesuatu yang terjadi padanya.mungkin dia dah bertobat kot...fikir hati ku.tetiba.Elok la kalau mcm tu. Man datang menghampiri aku."Bang...apala pakcik tu."kenapa Man"..Tanya ku."Aku mintak tolong pakcik tu lipatkan lengan baju kurung nak amik wudhu..boleh dia marah marah kat aku".kata Man ."Laaa..ya ka.mari aku lipatkan.dia tak tau kot tangan sebelah ko lumpuh."Aku pun melipat lengan bajunya....
Bersambung di terbitan akan datang dengan tajuk "KESAH BENAR SEORANG HAMBA ALLAH 2"...INSAALLAH.......

No comments:

Post a Comment