Aku pun berlalu meninggalkan Man yang sedang menggambil wudhu.Banyak benda sebenarnya yang nak aku tahu dari Man setelah beberapa lama aku tak dengar berita tentangnya dan agak lama aku tak terserempak denganya.Memandangkan waktu solat jumaat semakin hampir dan jemaah semakin ramai aku bercadang hendak bertemu denganya di lain waktu. Keesokan harinya aku dan sahabat siak ku pergi bersarapan dikedai roti canai dipadang sekolah.Memang menjadi tempat kegemaran ku bersarapan disini.Aku lihat ramai juga pelangan dikedai itu...Mata aku terpandang sesusuk tubuh sedang duduk bersaorangan dimeja hujung.Ku amati rupanya Man sedang duduk bersaorangan.Aku pun menghampirinya ."Assallamualaikum Man.bolih abang duduk sama"."Sapa ni.saya tak cam sangat.rabun la"katanya."Aku la .semalam baru jumpa kat masjid"."Ooo abang siak...abang kan yang tinggal kat sebelah rumah imam kan.."Nampaknya Man dah mula menginggati aku."Ya". jawab ku."Abang ingat tak saya pernah datang rumah abang dulu,masa tu saya datang kutip besi.Lama dah."katanya."Ingat Man".."Bang, sekarang saya dah tak kutip besi lagi.Mata dah tak nampak.Nak jalan pun susah...sebelah abang ni sapa".tanya Man bila dia perasan ada orang memegang tanganya.Man merapatkan mukanya rapat dengan muka rakan siak ku...Hj.Amat..."Abang Mat ya..."Aku lihat Hj.Amat sangat sedih sekali.Macam hendak menangis."Li..."Hj.Amat memegang bahu ku sambil berkata"Dahulu Man ni keja sama dgn aku.Masa tu kerja kat lombong bijih timah".aku lihat Man senyum sahaja."Masa tu Abang dah banyak kali bagi Man nasehat masa tu belum kemalangan lagi.Abang dengan Man ni memang selalu bersama.tempat kerja pun sama betul tak Man..."Man mengangguk sambil tersengih.
Kami mempelawa Man minum sama.Sambil minum aku bertanya padanya."apa cerita ko sekarang Man lama abang tak nampak ko .Semalam baru abang nampak."..."Bang saya sekarang tak macam dulu.Saya dah nak jadi baik.Saya nak kenal tikar sembahyang bang.Dulu saya dah banyak buat dosa."Hj.Amat mengusap usap bahu Man."Bini saya dah lari bang.Anak saya semua dibawanya.Sekarang bini saya tinggal dengan maknya.Duit elaun orang kurang upaya saya pun bini saya amik semua.Saya tak boleh nak buat apa apa.Dengan mata saya yang dah tak nampak ni apa kerja yang saya boleh buat".Ceritanya dengan nada sayu.Aku lihat beberapa pelangan menjeling kearah kami bertiga."Habis ko duduk dengan sapa sekarang"Hj.Amat mencelah."Dulu saya ada sewa rumah dengan sewa rm50 sebulan.Rumah kosong burok sangat.Disebabkan aku tak berkerja aku tak mampu membayar sewa.Lama lama tuan rumah tu benarkan aku duduk secara percuma...Bang aku sekarang nak selalu kemasjid.Nak dengar ceramah"."Bagus la Man.Datang la kemasjid...abang dgn abang Hj. ada kat sana.Datang sembahyang berjemaah..dengar ceramah boleh dikatakan setiap malam ada kuliah makan pun ada disediakan.Sekarang ni pun tengah ada program untuk asnaf fakir miskin.kalau ko rajin datang ya makan disediakan."balasku dengan mengusap usap bahunya."Kalau aku datang petang masaalah nya malam aku tak bolih balik .tak nampak jalan bang."Aku dan Hj.Amat terdiam."Tak pa la Man..kau buat la yang seberapa yang kau mampu.Kalau kau mampu datang siang datang la siang sahaja.Sebenarnya kau beruntung Man..Allah telah membuka hati kau untuk berubah dan mendapat hidayah.Berapa ramai lagi kawan kawan kita yang sehat dan sempurna tapi Allah masih tak memberikan mereka hidayah.Abang harap kau dapat kekal kan semangat kau nak dekat dengan Allah.Kalau boleh sampai kita mati.Itu lah pengakhiran hidup yang paling baik iaitu mati dalam keadaan kita beriman pada Allah"ujar ku."Kau jangan kesah dengan apa orang kata Man datang je kemasjid.Kalau ada orang kacau ko cakap je dengan abang ".Tambah Hj.Amat.
Selesai minum pagi aku dan Hj.Amat pun bergegas semula kemasjid.Hj.Amat sempat berpesan pada Man"datang masjid sekarang tau.ada program fakir miskin.makan pun ada".Man menganggukkan kepala sambil tersengih.
Didalam kereta aku dan Hj.Amat saling berpandangan.Macam ada sesuatu yang menggangu fikiran kami.Aku pun berkata"Ji....sebenarnya apa yang terjadi pada Man adalah ingatan dan pesanan buat kita Ji..Allah nak tunjukkan pada kita suatu pesanan penting".ujar ku."Apa maksud kau Li"... "ya la....sementara kita masih sehat..mata masih terang..kesihatan masih baik buat la ibadat...datang ke masjid ".
"Ji..saya ingatkan bila mesyuarat masjid apakata kita usulkan supaya masjid membuat satu program "KELUARGA ANGKAT MASJID".Didalam program ni masjid akan menanggung sara hidup orang orang seperti Man ni".Tak payah beri banyak banyak la...sebulan rm200 atau rm150 pun jadi la masjid kan ada biro kebajikan...ini la gunanya ."Bagus jugak tu
sekurang kurangnya ringan sikit bebannanya."ujar Hj.Amat.
"Ok Ji...misal la ya....Man merasa putus asa kerana tiada pihak yang membantunya...dia pergi ke gereja.(Mintak mintak jagan la..)mintak pertolongan dengan pihak gereja ...sudah tentu pihak gereja menerima Man dengan tangan terbuka.. Contohnya Man diberi rm500 sebulan.tapi dengan syaratnya....keluar dari islam..murtad.Agak agak dalam hal ni sapa yang bersalah Ji..."Dah tentu kita semua Ji..."..."Betul tu...tapi cakap cakap orang macam kita mana dia orang nak dengar.."dengus Hj.Amat."Kita cuba la Ji...insaallah berjaya... Kepada sesiapa yang membaca kesah ni berdoa lah semoga apa yang dirancang akan berjaya.Kalau kita saudara seagama yang tidak mendoakanya siapa lagi. Perkara baik seumpama ini mesti ada dan ramai yang membangkang kalau diusulkan dimesyuarat.Mereka lebih mementingkan diri sendiri dan sebok membina dan mengindahkan masjid.Bermegah megah dengan masjid yang cantik diatas usaha mereka.Tetapi mereka terlupa ada tanggungjawab lain yang lebih mulia dan penting.Bagi mereka orang seperti Man hanya sampah masyarakat dan dipandang dengan sebelah mata sahaja.
akhir kata saya benar benar memohon sesiapa yang membaca pautan ini supaya mendoakan pada suatu hari nasib orang seperti Man terbela....insaallah.
16/11/2011
14/11/2011
KESAH BENAR SEORANG HAMBA ALLAH DI KAMPUNG KU
Suasana redup ditengah hari jumaat ni memang menyeronokkan.tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk..nyaman sahaja.mungkin keadaan cuaca buat masa ini yang hujan tidak menentu menjadikan cuaca redup sahaja.Sesampai diperkarangan masjid aku lihat telah ada beberapa orang jemaah yang telah sampai awal walaupun jam baru pukul 11.30 pagi.Sudah tentu mereka mengharapkan ganjaran yang besar dari Allah dengan hadir seawal waktu di hari jumaat yang mulia ini.
Masuk sahaja kedalam ruang solat hadapan masjid aku terpandang seorang hamba Allah yang memang aku kenali.Terkejut juga melihat hamba Allah ni.Maklum la selama ni memang tak pernah terlihat kelibat hamba Allah ni dimasjid disetiap waktu waktu solat.Wajahnya yang cengkung..warna kulit yang hitam..dan pakaianya yang agak lusuh menampakkan yang dirinya tidak terurus.Boleh dikata seluruh kampung mengenali hamba Allah yang agak popular dikampung ku.Aku menghampirinya dan memberi salam.Salamku disambut dengan tangan kirinya.Tangan kananya yang mati tidak daya diangkat menyebabkan salamku disambut dengan tangan kiri."Sehat Man..(nama samaran).Man menjawab "sehat ..sapa ya ni.suara mcm kenal"katanya.Aku terkejut juga sebab Man tak menggenali aku..."sapa ya...aku sekarang dah rabun sangat .tak nampak jelas."sambungnya.Terkejut juga aku bila dia kata yang dia dah tak nampak dan rabun sedangkan usianya baru dalam lingkungan 30an ..Patut la Man tak mengenali aku."Aku pun memperkenalkan diri aku..."aku la siak masjid ni...dulu ko pernah datang rumah aku kutip besi burok"..Sebenarnya itulah pekerjaan tetap Man untuk menyara keluarganya."Oooo..bang siak....mcm ni la bang...aku dah mcm orang buta sekarang,.tak nampak sangat."jelasnya dengan nada sayu dan tersangkut sangkut.Barulah aku faham sekarang.kesian aku melihatkanya. Ok Man abang ada keja sikit ni.Karang kalau sempat kita sembang lagi ya...Aku pun berlalu dan menjalankan tugas siak ku sebelum solat jumaat bermula.
Sambil aku menjalankan tugas ku...aku masih lagi teringatkan Man.Kesah kesahnya yang lampau bermain main dikepala ku.Dahulu Man seperti remaja biasa yang lain.aktiv dan agak bebas dan liar juga.Telah ditakdirkan oleh Allah pada suatu hari Man telah mengalami kemalangan motosikal yang menyebab tangan kananya menjadi lumpuh.Walaupun tangan kananya telah lumpuh Man patut bersyukur kerana tidak maut dalam kemalangan itu.Agak lama juga dia terlantar dihospital. Man juga patut bersyukur kerana Allah mempertemukan jodoh Man dengan seorang gadis yang agak cantik dan menawan setelah sembuh dan sehat.Namun perangainya tetap liar seperti dahulu..Dan hasil perkahwinan itu Man telah memperolehi seorang cahaya mata....Yang aku hairan sejak tangan kananya lumpuh Man begitu cekap mengunakan tangan kiri untuk menunggang motosikal..kekadang bertiga sekali dengan anak isterinya.
Satu sahaja kalau mengenai Man ni orang kampung agak tidak menyukainya.Sama ada betul menurut orang kampung Man ni seorang penagih dadah aku pun tak pasti.Tapi badan Man memang kurus melengkung.Pekerjaanya setelah kemalangan yang dialaminya adalah mengumpulkan besi besi buruk.Tak kira la asal jumpa sahaja besi buruk akan dikutip oleh Man untuk menyara keluarganya.Ayah dan ibu Man pun bukanya dari orang yang senang,.Yang agak menyedihkan asal ada sahaja besi atau barang barang orang kampung yang hilang makan nama Man akan naik dahulu...Aku pun tak pasti samaada betul ke Man yang mengambilnya atau ada orang lain yang mengambilnya.Aku memang tak berani nak tuduh tuduh.Pernah pada suatu hari Man ada datang kerumah ku.'Assalammualaikum bang..."walaikumsalam.."jawab ku."Bang saya nak kutip besi kat sekitar rumah abang boleh tak.."Kesian aku tengok Man.."amik la man..kalau ada ko amik la..Tapi yang masih elok ko jangan amik tau.mcm mesin rumput tu elok lagi...nak pakai lagi tu.""Baik la bang..".Aku biarkan je Man dan aku tak ambil kesah pun."Setelah dekat setengah jam Man datang mengucapkan terima kasih.Aku lihat tak banyak besi yang dia dapat.Dia pun berlalu.Begitulah kerja Man setiap hari mencari besi besi lusoh untuk dijual dan menyara isteri dan anaknya selama beberapa tahun.Dah macam macam tohmahan yang diterima dari orang kampung.Tak tau la sama ada Man betul betul mencuri atau tidak asal ada sahaja kecurian dikampung orang kampung pasti menuding pada Man.Tapi tak sampai la report pada polis.Ada juga seorang dua orang kampung yang kasehan melihat Man.Dibiarkan sahaja Man mengambil besi atau cabel elektrik.Apabila dijerkah Man kata nak beli susu anak bang...
Fikiran ku yang menerawang teringat kesah Man terganggu apabila aku disapa oleh seorang jemaah yang sememangnya lima waktu solat berjemaah dimasjid.Agak tua jemaah ni..."Tok siak..."sapanya."Dah kunci semua pintu pintu store.""Kenapa pakcik".Terkejut juga saya."Tok siak tak nampak ke budak yang duduk sorang sorang kat ujung tu..."sambil tanganya menuding kearah seorang lelaki dihujung ruang solat belakang."itu Man pak cik.""Jaga jaga Tok siak..kalau budak tu ada.habis licin karang.Kena waspada."Katanya.."Takda apa apa la pak cik.Dia datang nak sembahyang..tak baik sangka bukan bukan.".Pak cik tua pun berlalu dengan muka toyanya..Aku lihat dia menuju kearah Man.Entah apa yang dikata pada Man...Aku malas nak ambil pusing dengan pak cik tua ni.Ada sahaja benda yang tak betul.
Hati ku mula memikirkan kenapa Man tetiba je rajin kemesjid.Mesti ada sesuatu yang terjadi padanya.mungkin dia dah bertobat kot...fikir hati ku.tetiba.Elok la kalau mcm tu. Man datang menghampiri aku."Bang...apala pakcik tu."kenapa Man"..Tanya ku."Aku mintak tolong pakcik tu lipatkan lengan baju kurung nak amik wudhu..boleh dia marah marah kat aku".kata Man ."Laaa..ya ka.mari aku lipatkan.dia tak tau kot tangan sebelah ko lumpuh."Aku pun melipat lengan bajunya....
Bersambung di terbitan akan datang dengan tajuk "KESAH BENAR SEORANG HAMBA ALLAH 2"...INSAALLAH.......

11/11/2011
KESAH DAN TELADAN
Umar Ibn Khathab pernah bercerita kepada Nabi SAW,"Ya Rasulullah..di kampung saya ada orang yang sangat baik dibandingkan umat islam yang lainya"
"Bagaimana kebaikanya?"Tanya Rasulullah.
Umar menjawab"Sehari hari kerjanya hanya ibadah di masjid.Pagi di masjid..siang di masjid...petang di masjid malam pun di masjid."
"Apakah yang dia makan".Tanya Rasulullah lagi.
"Dia bukan malaikat.dia makan juga."
"Dia berpakaian??
"Masakan ibadah bertelanjang ya Rasulullah?"
"Siapa yang menjamin makan dan pakaianya?"
"Orang arang kampung"jawab Umar.
"Kalau begitu orang orang kampunglah yang lebih baik daripada orang yang kau anggap amat baik itu Umar"ucap Nabi dengan tegas.
Pada waktu yang lain pula,tiga orang sahabat mendatangi isteri Rasulullah dan menanyakan bagaimana cara ibadah Nabi SAW.Setelah diterang kan kepada sahabat sahabat Nabi beribadah dengan sangat tekun.Maka ketiga tiga sahabat itu berikrar,"sedangkan Nabi yang bebas dari dosa,beribadat sangat bersunguh sungguh apatah lagi kita yang banyak dosa".
Maka sahabat yang pertama bersumpah "saya akan bersembahyang tanpa tidur"..Sahabat yang kedua pula bersumpah "aku akan berpuasa tanpa berbuka "....dan sahabat yang ketiga bersumpah "aku akan beribadah terus dan tak kan beristeri."
Sumpah ketiga tiga sahabat itu didengari Nabi SAW.Mereka dipangil dan diberi nasehat oleh Nabi SAW."Aku ini lebih takut dengan ALLAH dibandingkan dengan kalian.Tapi aku sembahyang dan aku tidur...Aku berpuasa tetapi aku juga berbuka...serta aku pun mempunyai isteri."
Bertakwa tidak bermakna kita terpenjara tanpa dapat menikmati bahagian kita didunia....
02/11/2011
SELAMA LAMANYA....SELAMA LAMANYA...SELAMA LAMANYA.
Dari Abu Hurairah,Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud "apabila ahli syurga telah memasuki syurga,terdengar suara seruan : Kamu semua akan hidup tanpa kematian selama lamanya.Kamu semua akan sehat tanpa sakit selama lamanya dan kamu semua akan merasa kenikmatan tanpa kesusahan selama lamanya. "Riwayat Muslim dan Al Tarmizi.
Rasullullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud "Sesungguhnya rombongan yang pertama masuk ke syurga rupa mereka seperti bulan purnama.rombongan yang berikutnya laksana bintang yang terang di angkasa.Mereka tidak meludah,membuang hingus,atau membuang air di dalam syurga.Sikat rambut mereka di perbuat daripada emas.Peluh mereka seperti minyak wangi misk.Setanggi mereka daripada gaharu yang wangi.Isteri mereka ialah bidadari.Rupa mereka semua mirip antara satu sama lain,seperti rupa bapa mereka Adam,tinggi mereka 60 hasta " (Riwayat iman Bukhari daripada Abu Hurairah.
Ahmad dan Al Tarmizi meriwayatkan daripada Rasullullah s.a.w "Ahli syurga memasuki syurga dalam keadaan tampan,tidak berbulu dan berkeadaan bercelak.Usia mereka 30 th atau 33 th.Ahli syurga kaum wanita juga akan mengalami penciptaan baru sama sekali seperti maksud firman Allah "Sesungguhnya kami menciptakan mereka dengan ciptaan yang baru dan kami jadikan mereka gadis gadis perawan.penuh cinta dan sebaya(sama usia dengan suami suami mereka)"(Surah Al Waqiah 35-37).
Gadis gadis syurga yang cantik jelita ini lalu di pasangkan dengan pemuda syurga yang tampan menawan.Pasangan yang pernah menjadi suami isteri di dunia akan kembali menjadi pasangan suami isteri di syurga.Mereka akan hidup di dalam kebahagiaan kekal abadi.Tidak ada perasaan cemburu dan hasad dengki,pertengkaran,dan perselisihan.Yang ada hanyalah canda gurau tawa ria dan kegembiraan selama lamanya...
Semoga Allah menjadikann kita hamba yang selalu bersabar dan bersyukur sehingga ke dua dua sifat ini akan membawa kita ke syurga abadi sebagai pemuda pemuda tampan dan gadis gadis jelita,dalam naungan rahmat dan redha Illahi,....amin ya rabbal alamin.

Subscribe to:
Posts (Atom)