Alhamdulillah...dengan izinya aku terjaga pada jam 5.30 pagi..syukur kepada Allah kerana masih memberi aku kehidupan setelah mati sementara(tidur).walau pun pengera meraung tak henti henti..aku masih berselimut.Jenuh "MEM" aku mengerakkan aku.Walaupun berat kugagahkan juga bergerak kebilik air."MEM" aku masih tak henti henti membebel kerana aku tidur lewat melayan latop.Akibatnya susah nak bangun kadang kadang tak bangun dan terlepas solat di masjid.Tapi pagi ni alhamdulillah Allah telah memilih aku menjadi tetamunya dimasjid.
Setelah menjamah sebiji ubi goreng dan segelas air suam yang dicampur madu aku pun bergerak keoffice..aduhhh malas betul nak memulakan kerja.lagi lagi hari ini Isnin.ditambah pula aku sudah seminggu bercuti kerja.bukan tak da kerja..saje je aku nak rehat.Niat hati nak ikut geng tabligh keluar 3 hari.tapi takda rezeki.Ustaz Ramli tak dapat dihubungi...Sesampai di office Boss dah tunggu.Nampak je muka aku meluru Boss kearah aku....alamakkkk mampos aku.mesti dia marah sal aku off seminggu.Cepat cepat aku hulur tangan..."assallamualaikum Boss...""mualaikumsalam..abang masuk KLIA hari ini"..."masuk Boss...""ok abang jaga la nah amik ni rm50".."ok Boss...lega aku.Kena mood dia tak baekk mati aku kena..sapa sapa jangan buat pasal...kang satu opis kena bambu.Aku pun capai handpon terus call Tengku imform buat pas dan permit...beressss jawab Tengku.
Pukul 9.45 aku pun gerak ke KLIA.Sebelum gerak aku pastikan dulu skylif aku ok.maklum la dah seminggu tak digunakan.Takut takut tak funtion pulak hydraulik pumpnya.perjalanan aku agak santai dan relax..rasa malas pun ada gak.aku pun sampai di Post 1.Pintu masuk ke bahagian operasi di KLIA.Dekat setengah jam aku tunggu Tengku .Akhirnya Tengku pun muncul.Alhamdulillah hari ini tak ramai sangat yang beratur nak daftar masuk.ada la 2...3orang bangla dok beratur.setelah daftar aku pun masuk menuju kepejabat Tengku untuk bertemu Sazali dan Azhari.
kapalterbang fireflay dan mas tersusun cantik.
Alamak besarnya...
kapalterbang yang membawa jemaah haji...
sakit telinga bila kapalterbang mula meluncur naik.
memulakan tugas...maintanent display ladar
tugas tugas membaiki kabel dan gresing
membaik pulih lampu diatas bumbung
meninjau ninjau dalam kapal terbang
rakan rakan maintanance
sejenis mesin yang digunakan untuk mengangkat kargo
macam macam mesin ada.semua tak da kat luar.ada di airport sahaja
Begitu lah rutin harian.Tapi kerja yang dibuat ada mcm2.Ini sebahagian je..Seronok juga kerja dengan staf mab ni...tak tahanya cuma bising bunyi enjin kapalterbang....ok setakat ni dulu.lain kali lain kesahnya..
No comments:
Post a Comment