Kesah Sayidina Umar al-Khattab
Saya terbaca suatu kesah Sayidina Umar al-Khattab pada zaman pemerintahanya.Seperti yang kita ketahui Sayidina Umar merupakan seorang khalifah yang sangat perihatin dan sangat bertanggungjawab.Sayidina Umar sering melakukan rondaan pada malam hari.Memang telah menjadi kemestianya Saiyidina Umar akan meronda pada malam hari untuk mengetahui permasaalahan rakyatnya.
Pada suatu malam sewaktu Saiyidina Umar melalui sebuah rumah ,Saiyidina Umar terdengar suatu suara dari dalam rumah seorang perempuan sedang bermadah dengan nada merintih..membayangkan jiwa dan batinnya yang sedih dan pedih."sungguh malam ini sangat panjang..sekelilingnya penuh kelam..keadaan ini menjadikan aku tidak tenteram...kerana tiada kekasih uktuk ku ajak bermain.Demi Allah,andainya aku tidak takut azab dan akibat...sungguh ranjangku ini bergoncang hebat..."
Mendengarkan rintihan perempuan itu,Saiyidina Umar berusha untuk menyelidiki kisah siperempuan itu.Akhirnya Saiyidina Umar dapat mengetahui yang suami perempuan itu telah meningalkan rumah sebagai mujahid dimedan jihad.Saiyidina Umar kemudian bertemu dengan puterinya Hafsah dan bertanya kepada Hafsah"wahai puteriku,berapa lamakah seorang isteri mampu bersabar apabila berjauhan dengan suaminya".Maka Hafsah pun menjawab"empat bulan ayahdaku".
Maka pada waktu itulah Saiyidina Umar mengeluarkan dan melaksanakan satu ketetapan dan peraturan seorang suami tidak boleh meninggalkan isterinya lebih dari empat bulan.Begitulah kesah untuk kali ini.
Semoga kesah ini menjadi pengajaran buat para suami....insaAllah.
No comments:
Post a Comment