Assallamualaikum bertemu kita sekali lagi.Semoga hari ini dengan izin Allah menjadi lebih baik dari hari semalam.Sukur dengan izin Allah jugalah kita masih terus hidup dan masih boleh melontarkan sedikit dari ilmu Allah yang maha luasnya.Jikalau lautan didunia ini dijadikan dakwat untuk menulis ilmu Allah pasti akan kering dan tidak akan habis tertulis...maha suciAllah maha mengetahui lagi mahabijaksana.
Rahmat dari Allah buat suami isteri.satu tajuk yang sedap didengar,.Rumahtangga adalah medan atau wadah untuk suami isteri beramal.Sama ada secara sedar atau tidak.Setiap apa sahaja yang kita lakukan dirumah merupakan satu amal dan mendapat ganjaran dari Allah.Walaupun dari sudut yang kecil...yaitu sebuah rumah tetapi ia merupakan sesuatu yang amat besar dan penting.Tanggungjawab suami isteri mendidik anak anak adalah satu tanggungjawab yang besar dan ia amat penting sekali untuk membina masa depan anak anak.Ditangan ibu bapa lah yang akan menentukan anaknya menjadi Nasrani atau Yahudi atau Majusi.Pasti bukan itu yang kita inginkan.Kita menginginkan anakanak kita mejadi Muslim sejati.
RAHMAT BUAT SUAMI Rasulullah saw mengingatkan kaum suami agar berbuat baik kepada isteri dan ahli keluarga mereka.Sabdanya"Orang mukmin yang paling sempurna imanya ialah yang paling baik akhlaknya dan berbuat baik kepada ahli keluarganya"(Riwayat Abu Daud dan Tarmizi).Rasulullah bersabda lagi dalam hadis yang lain.."Sebaik baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah paling terbaik dari kamu terhadap keluarga ku.Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak mengenang budi.."(Riwayat Ibnu 'Asakir).
Baginda juga menerangkan tentang ganjaran suami yang bersusah payah mencari rezeki untuk menyara kehidupan keluarganya dengan sabdanya"Seutama utama dinar yang dinafkah oleh seorang suami iaitu dinar yang dinafkahkan untuk keluarganya..dinar yang dinafkahkan untuk kuda dijalan Allah..dan dinar yang dinafkahkan untuk teman teman dijalan Allah"(Riwayat Ibnu Majah)
RAHMAT BUAT ISTERI Rahmat akan mengalir buat isteri apabila mereka bersungguh sungguh melaksanakan kewajipan mereka terhadap perintah Allah dan rasul dan mentaati suami..."Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu...puasa pada bulan ramadhan...menjaga kehormatanya dan mentaati suaminya maka masuklah kamu kedalam syurga dari mana mana pintu yang kamu kehendaki..."(Riwayat Ahmad ibn Hibban,,Thabarani,,Anas bin Malik).
Sebenarnya banyak lagi hadis antaranya...dari Muaz bin Jabal Rasulullah bersabda"tiap tiap wanita yang menolong suaminya didalam urusan agama maka Allah masukan mereka kedalam syurga lebih dahulu dari suaminya.Kerana ia memuliakan suaminya didunia maka mendapat pakaian dan bau bauan syurga untuk turun kemahligai suaminya dan menghadapnya... sabdanya lagi.".Apabila wanita mulai sakit hendak bersalin..Allah mencatat baginya pahala orang berjihad pada jalan Allah..dan apabila wanita melahirkan anak maka keluarlah dosa dosa daripadanya seperti ibunya melahirkanya...
Itu adalah sebahagian sahaja.Sebenarnya banyak lagi hadis hadis yang menceritakan keistimewaan yang Allah berikan kepada seorang wanita.Sedar atau tidak penat lelah yang ditanggung ada ganjaran dari Allah...semooga ianya menjadi pembakar semangat untuk terus mentaati Allah dan Rasul juga mentaati suami tercinta....mana mana yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan diri saya sendiri.