Total Pageviews

03/12/2012

2012 Mengajar Ku Erti Kehidupan

Alhamdulillah setelah mengalami kebuntuan hampir 6 bulan akhirnya aku menemuinya semula.email dan paswood blog ku...semamangnya ingatan ku menjadi celaru sejak peristiwa kehilangan anak ku...ditambah dengan bencana banjir yang melanda kampung ku disamping masaalah dalaman keluarga ku.Kini semuanya telah berlalu.Anakku telah ku temui dan banjir yang melanda kampung ku telah berlalu dan masaalah dalaman keluarga ku telah diatasi.yang tinggal hanya kenangan dan sedikit pengajaran.


Sememangnya tahun 2012 ini banyak peristiwa yang mengejutkan berlaku pada ku.Semuanya menduga kesabaran dan keimanan ku.Pastinya terselit sedikit pengajaran dan terpendam suatu hikmah yang mana hanya Allah sahaja yang mengetahui.Masih dalam ingatanku wajah ku dan isteriku tersiar di BERITA TV 3...semuanya gara gara kasih sayang yang teramat sangat pada anakku...dan aku bersyukur usaha ku itu tidak sia sia.. aku bersyukur juga pada Allah kerana dikurniakan rezeki yang murah pada tahun ini.Alhamdulillah..aku juga bersyukur kerana anak sulung ku telah bergelar ustazah.Cuma aku merasa agak risau dengan anak ku MARIAM AAINAA kerana sikapnya dan kelakuanya.Semoga Allah memberinya pengajaran diatas apa yang telah terjadi padanya dan Allah memberinya kesedaran serta ketabahan padanya.Aku berharap sangat agar Mariam berubah dan menjadi anak yang menyenangkan hati ayah dan ibu.


Kini setelah 2012 hampir melabuhkan perjalananya..setelah aku kehilangan punca untuk membuka blog ku..membuat aku membisu seribu bahasa.Alhamdulillah pada malam tanggal 3.11,12 aku cuba untuk mengigati semula email dan paswood blog ku dan akhirnya usaha ku berhasil jua...Alhamdulillah..insaAllah selepas ini aku akan memasukkan gambar2 semasa banjir melanda kampung ku buat kenang kenangan ku...
Akhir kata semoga semua peristiwa suka duka yang terjadi pada ku pada 2012 ini menjadi pengajaran dan menambahkan keimanan ku...insaAllah.

                 HIDUP INI UMPAMA RODA..SUKA DAN DUKA SILIH BERGANTI

No comments:

Post a Comment