Sebenarnya aku tidak terfikir langsung akan terjadi banjir besar pada tahun ini.Setelah hampir 5 tahun kalau nak dikira kali terakhir terjadinya banjir.Namun itu semua kuasa Allah tiada siapa yang dapat menghalangnya dan hanya Allah sahaja lah yang maha mengetahui akan hikmahnya.Kita sebagai hamba seharusnya menjadikan banjir ini sebagai iktibar atau peringgatan.Pastinya ada sesuatu yang tidak kena kerana itu lah Alllah menghantar banjir sebagai peringatan kepada kita.
Kita tidak seharusnya memandang banjir ini sebagai fenomena alam semata mata dan kitaSeharusnya kita memandang banjir ini sebagai satu peringgatan dari Allah diatas kelalaian..kemungkaran dan kealpaan kita.
hari pertama banjir melanda.Air melimpah dengan lajunya
Berjudi juga maksiat..tak tutup aurat juga maksiat..tak hadhir solat jumaat juga maksiat..berapa ramai org yang berjudi dikampung...memang ramai.Berapa ramai orang yang tak tutup aurat di pasar malam....memang ramai..berapa ramai orang yang tak solat jumaat,....memang ramai.Jadi kerja siapa untuk mengingatkan mereka semua ini.Adakah kerja jkkk atau kerja ajk masjid..Kerja kita bersama sebenarnya.Bersama samalah kita menjalankan amal maaruf nahi munkar sebelum datangnya peringatan yang lebih besar lagi.
Bayangkanlah jika begini keadaanya...kemusnahan harta benda pastinya tidak dapat dielakkan.
Bagi kanak kanak inilah masanya untuk mereka bermain air.Bagaikan pesta air jadinya.
Bagi mereka yang beriman pastinya mereka terfikir akan hikmah disebalik kejadian banjir ini dan pastinya mereka bersyukur kepada Allah.Mereka masih bernyawa dan masih punya tempat tinggal.Masih ramai lagi nasib saudara saudara kita diluar sana yang mengalami keadaan yang lebih buruk lagi....bersyukurlahhh kita.
Keadaam begini selama dua minggu
Akhir kata marilah kita bersama sama berganding bahu bersatu hati.Lupakanlah perbezaan pendapat dan perbezaan idealogy atau perbezaan politik.Bersama samalah kita bersatu hati untuk membaiki keadaan yang telah teruk dan rosak.InsaAllah dengan kita bersatu hati rahmat Allah akan turun rezeki Allah akan melimpah ruah.Semoga kampung kita dilindungi Allah dari balak bencana banjir besar dan kemiskinan....aminnnn ya rabbbbal alamin.