Total Pageviews

30/04/2012

Gambar gambar lawatan ke Aceh Darussalam.




Tiba di Bandar Udara Iskandar Muda Aceh.Penerbangan mengambil masa 1jam 40 minit dengan kapal udara AIR ASIA.

Berada di Hotel penginapan Oasis.Selama 4 hari 3 malam..Keadaan hotel yang memuaskan hati walau hanya bertaraf 3 bintang sahaja.





Makan siang dan malam yang telah disediakan oleh pehak Agency.Makanan yang hampir sama
seperti makanan di Malaysia..makanan kesukaan rombongan.."AYAM TANGKAP".Kalau di Malaysia ayam goreng berempah daaa.





Hari ke 2 lawatan.Berada di lokasi sebuah bot yang terkandas diatas bumbung rumah akibat dihanyutkan tsunami.Sehingga kini masih terletak diatas rumah.Dijadikan sebagai kenang kenangan.Dibahagian bawah separuh rumah masih didiami.




Berada di Masjid Rahmatullah.Masjid yang dilanda tsunami.Berada 3km dari pantai.Hanya berlaku sedikit kerosakkan sahaja.Sedangkan bangunan disekelilingnya habis ranap.Padang jarak padang terkukur.









Berada di Rumah Anak-Anak Yatim (Panti Asuhan Anak Yatim )









Melawat rumah tradisi penduduk Aceh.









Berada di hadapan masjid Baiturrahman.Satu satunya bangunan yang terselamat dari dilanda tsunami walaupun bangunan lain hancur musnah...ALLAHUAKBAR...






Keadaan lalulintas di bandar Aceh.Tiada terdapat atau terlihat pegawai polis atau jpj disepanjang berada disana.Hon sentiasa kedengaran sebagai isyrat.
Kelihatan nun jauh dipandangan masjid RAHMATULLAH selepas dilanda tsunami.
Dahulunya kawasan lapang ini dipenuhi rumah rumah dan pokok pokok.








Pemandangan dari atas masjid RAHMATULLAH selepas beberapa hari dilanda tsunami.












Bersama anak anak yatim piatu mangsa tsunami.








Sebuah kapal Janakuasa yang membekalkan elektrik ke bandar ACEH.Kapal ini telah hanyut dilanda tsunami ketengah perkampungan dan meranapkan beratus ratus rumah dan mengorbankan beribu ribu nyawa.Kini kapal ini menjadi monument kerana terlalu berat untuk dibawa kelaut semula.







Berada di puncak kapal janakuasa.Pemandangan
diseluruh bandar aceh akan terlihat.

Disalah sebuah kedai cenderahati di Bandar Udara Iskandar Muda.Saat keberangkatan pulang.