Assalamualaikum isteriku ter SAYANG...Asmawati AmatJiman...
Alhamdulillah....tanggal 24 march yang menjadi tanggal keramat kita berdua muncul lagi,Pada tanggal ini lah kita bersama sama menyambut hari ulang tahun kita bersama sama,.Jika di hitung sudah hampir 25 tahun kita menyambutnya bersama sama.Sesuatu yang agak istemewa kita berkongsi tanggal yang sama semasa menyambut hari lahir kita.
SAYANG....maaf dipinta kerana tiada hadiah dari ku yang dapat ku berikan pada mu.Tiada sesuatu yang berharga atau bernilai buat mu.Hanya percutian sehari kita berdua sahaja.Terima kasih kepada anak anak yang sanggup berkorban dan memberi peluang kepada ayah dan ibu berbulan madu berdua sahaja.Semoga dengan percutian berbulan madu ini akan manambahkan kasih SAYANG kami berdua.Semoga dengan berbulan madu ini akan mengembalikan semula kasih sayang dan cinta sejati yang semakin pudar.
SAYAMG....Abang sebenarnya ingin merakamkan berbanyak terima kasih pada mu diatas ketabahan mu,...kesabaran mu...keikhlasan mu...dan semoga SAYANG mendapat rahmat dan rahim dari Allah..Setelah hampir lima tahun berlalu sememangnya sayang amat layak bergelar isteri solehah diatas kesabaran dan ketabahan mu walau diuji dengan dugaan demi dugaan....sayang tetap bertahan dan kekal istiqamah dengan ketakwaan.
SAYANG...abang juga ingin mengucapkan terima kasih kerana dengan ketabahan dan kesabaran mu menjaga anak anak sehingga anak anak telah menjadi remaja.Kegigihan mu mendidik dan mengasuh mereka sehingga dewasa pastinya akan dibalas syurga oleh Allah yang maha Esa.
Akhir kata semoga SAYANG terus istiqamah dengan ketakwaan..kesabaran dan keikhlasan.Sesungguhnya tiada perhiasan yang paling indah di dunia ini selain dari seorang isteri yang solehh...dan jangan lupa pada prinsip percintaan kita iaitu..SAYANG SELALU....dikesempatan ini abang mengucapkan selamat hari lahir SAYANG...semoga panjang umur dan murah rezeki...SAYANG SELALU dari suami mu......Wassallam.