Assallamualaikum...
Setelah selesai berkerja aku terus berkejar kemasjid untuk solat Asar berjemaah.Adakalanya sempat berjemaah dan ada kalanya tertinggal juga...semua bergantung pada lambat atau cepatnya aku keluar dari tempat kerja ku di KLIA.Apa yang pasti aku mesti kemasjid juga.Sudah menjadi kewajipan ku seorang Siak untuk mengemas masjid.Apatah lagi masjid ku benar benar berhampiran dengan Sek Agama(KAFA).
Bayangkanlah murid yang ramainya dalam 300 orang.Macam macam perangai ada....sabo je laaa.Yang paling aku risau kebersihan tandas.Jika dibiarkan tidak dicuci keharumanya pasti akan sampai kedalam masjid dan telah menjadi kemestian bagi ku untuk mencuci tandas setiap hari....Alangkah malunya jika ada pengunjung yang singgah untuk bersembahyang mendapati tandas yang kotor.Bagi ku"KEBERSIHAN TANDAS MELAMBANGKAN KEBERSIHAN SELURUH JEMAAH MASJID"...
Selain tandas yang perlu dibersihkan aku dan rakan siak ku yang lain juga memastikan lantai dewan solat tambahan disapu dan dimop.begitu juga lantai kaki lima.Semuanya perlu dicuci.Sampah sampah seperti plastik air dan plastik makanan rengan yang bersepah dikeliling masjid perlu disapu.Kira kira dalam pukul 6.30 kami pun pulang kerumah.
Setelah berehat dan membersihkan diriku..aku bersiap siap untuk kemasjid lagi untuk solat maghrib berjemaah pula..aku bersyukur sangat sangat kerana dengan menjadi seorang Siak diri aku terikat dengan masjid,.tak taulah dimana aku sekarang andainya aku bukan seorang Siak.Itu yang aku syukur sangat sangat
Setelah selesai solat maghrib berjemaah.. jemaah dijemput sama sama menghadiri kuliah maghrib.jadual kuliah boleh dikatakan padat juga.termasuk kuliah Subuh.keistemewaanya disetiap waktu kuliah kuliah akan diadakan jamuan rengan.Dan telah menjadi tugas ku untuk menyediakan air minuman dan menghidangkan kueh mueh.Bagi ku tidaklah menjadi masaalah sangat untuk menyiapkan jamuan ni.Alhamdulillah jemaah semakin ramai yang mendengar kuliah.Setelah selesai kuliah jemaah bersama sama solat jemaah isya dan menikmati jamuan setelah selesai solat.
Begitu lah disetiap kali ada kuliah maghrib dan kuliah Subuh,Jamuan pasti disediakan...syukur alhamdulillah rezki Allah.Setelah selesai jamuan sudah menjadi tugasku untuk mengemas dan membasuh cawan dan pinggan.Syukur la ada orang yang selalu membantu.Setelah selesai mengemas aku pun menutup semua lampu lampu..aircon...kipas kipas dan pintu pintu...alhamdulillah hari ini selesai sudah tugasku...begitulah rutin harian ku setiap hari....Hanya pada Allah sahaja aku berharap semoga semua apa yang aku buat mendapat keredhan nya,.InsaAallah....Wassallam.