Total Pageviews

30/01/2012

BERIADAH DI TAMAN PERTANIAN SERI ALAM ( BUKIT CERAKAH )

Keseronokkan beriadah berbasikal ku berpanjangan hingga ke Bukit Cerakah Shah Alam.Kebetulan cuti Tahun Baru Cina ni agak panjang aku mengambil kesempatan untuk bermalam dirumah adik ipar ku di Bukit Bandaraya.Sebenarnya laluan ke Bukit Bandaraya akan melalui Bukit Cerakah dahulu jadi jarak lokasi antara duanya memang tidakjauh hanya2km sahaja..Sememangnya  aku telah merancang awal awal untuk berbasikal di Bukit Cerakah.Satu peluang yang tidak akan aku lepaskan.

Apabila anak anak buah ku mengetahui sahaja hasrat ku hendak berbasikal di Bukit Cerakah...apalagi masing masing nak turut serta.Kali ini dengan berbekalkan sebuah basikal dan aku terpaksa menyewa 3 buah lagi dengan kadar sewa rm 5 sejam dan tambahan rm 1 setiap jam.Gembira benar anak anak buah ku dapat turut sama beriadah berbasikal di Bukit Cerakah. Walaupun rumah mereka hanya 2km sahaja dari Bukit Cerakah tetapi mereka tidak pernah sekali pun menjejakkan kaki disana....apa la ...tak menghargai anugerah Allah langsung.
                                                                                                                                                                                                               
                           Jangan sampai tersesat didalam hutan.

Hasrat kami untuk beriadah pada pagi ini pada mulanya hampir terbatal.Setelah solat subuh berjemaah disurau hujan mula turun.Namun tidak la lebat sangat.Hati ku berdoa agar hujan akan berhenti menjelang pukul 7 nanti.Alhamdulillah pada pukul 7.30 hujan sudah tidak turun lagi.Cuaca menjadi amat baik dan sesuai sekali untuk aktiviti berbasikal.Aku dan 2 orang anak buah dan seorang anak ku menuju ke Bukit Cerakah dengan penuh bersemangat sekali.Setelah membayar tiket kami pun masuk malangnya kaunter untuk menyewa basikal belum dibuka lagi...Apalagi kami pun berjogging la dahulu...
                                          Udara nyaman dan segar sekali
                         Bukan main lagi....siap menari nari

Setelah berjogging agak jauh kami berpatah balik untuk melihat kaunter menyewa basikal telah dibuka atau belum.Alhamdulillah ianya telah dibuka dan aku telah menyewakan basikal untuk anak buah dan anak ku....sukanya dia,.
              Wah....bukan main suka dapat berbasikal... berposing lagi...
                     Budak budak memang gembira sangat kalau dapat basikal.

Keadaan di Bukit Cerakah ni tidak sama seperti di Wetland ( Paya Indah ).Disini cuacanya redup sekali kerana pokok pokok yang rimbun dan besar menutupi cahaya matahari.Keadaan jalan disini juga berbeza.Disina jalanya berbukit bukit.Turun bukit dan naik bukit,Memang mencabar dan menyeronokkan sekali...Jalan jalan disini juga jauh kedalam hutan simpan yang nyaman dan segar ini.
      Tak larat mendaki bukit   Aduhhh..bleh pitam ni.
 Woiii...cepat sikit...laaaa dah pitam .  Buat hal tul anak anak buah aku ni.
 



Lokasi ni di puncak Empangan Air Kuning...Terdapat ternakan ikan dalam sangkar.Awek awek ni bolih la naik bas pelancong.Tu yang nampak sehat je.Setelah jam menunjukkan pukul 3 petang barulah kami cekout dari bukit yang memberi kepuasan untuk berbasikal...insyaAllah jika ada rezeki aku akan datang lagi..berbasikal..berkelah...memancing...dan berenang.....
Sebenarnya sambil kita beriadah di Bukit Cerakah ni kita juga boleh melawat ke rumah salji...kawasan sawah padi...dusun buah buahan...taman kektus....taman rempah ratus...taman haiwan....memancing...aktiviti lasak ...berkhemah dan sebagainya.
..........SEKIAN.......

No comments:

Post a Comment